Kumpulan Syarikat SPK (“SPK”) menghormati dan komited untuk melindungi maklumat peribadi dan privasi kamu. Notis Perlindungan Data Peribadi ini menjelaskan cara kami mengumpul dan mengendalikan maklumat peribadi kamu mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Malaysia. Sila ambil perhatian bahawa kami mungkin meminda Notis Perlindungan Data Peribadi ini pada sebarang masa tanpa notis terlebih dahulu dan akan memberitahu kamu tentang sebarang pemindaan sebegitu melalui laman web atau e-mel.
Maklumat peribadi bermakna sebarang maklumat yang berkaitan dengan kamu yang dikumpul atau dibekalkan kepada SPK bagi tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam Seksyen 2 di bawah.
Maklumat peribadi kamu boleh termasuk nama kamu, nombor NRIC, butir-butir perhubungan, butir-butir kewangan dan akaun bank, CCTV/perakaman keselamatan dan penjejakan lokasi/ maklumat GPS.
SPK mengumpul maklumat peribadi secara langsung daripada kamu atau secara tidak langsung daripada wakil-wakil kamu di sisi undang-undang, agen-agen dan/atau majikan apabila kamu, wakil-wakil kamu di sisi undang-undang, agen-agen dan/atau majikan kamu menghantar borang-borang pertanyaan, pemohonan dan/atau pendaftaran yang telah siap diisi melalui pelbagai cara, termasuk salinan secara online dan fizikal di tempat-tempat awam atau di premis kami. Maklumat peribadi kamu juga boleh dikumpul daripada cookies melalui penggunaan laman web kami.
SPK mengumpul maklumat peribadi kamu secara langsung daripada kamu atau secara tidak langsung daripada majikan atau agensi rujukan kredit apabila menawar tender untuk projek-projek, apabila kamu menghantar kami borang-borang pertanyaan dan/atau pemohonan kredit yang telah siap diisi melalui pelbagai cara, termasuk secara online dan fizikal. Maklumat peribadi kamu juga boleh dikumpul daripada cookies melalui penggunaan laman web kami.
Semua maklumat yang diminta dalam borang-borang yang berkaitan adalah wajib untuk kamu bekalkan melainkan dinyatakan sebaliknya. Sekiranya kamu gagal untuk membekalkan maklumat wajib, kami tidak akan dapat memproses permintaan kamu dan/atau membekal perkhidmatan-perkhidmatan yang berkaitan kepada kamu.
Maklumat peribadi kamu dikumpul dan diproses selanjutnya oleh SPK seperti yang diperlukan atau dibenarkan oleh undangundang dan untuk melaksanakan transaksi komersial yang diminta, termasuk yang berikut:
Dalam keadaan kamu telah menunjukkan persetujuan kamu untuk menerima maklumat terkini tentang pemasaran dan promosi daripada SPK, kamu boleh memilih untuk dikeluarkan daripada menerima bahan pemasaran atau promosi sebegitu pada bila-bila masa. Kamu boleh memilih pilihan “unsubscribe” yang dibekalkan dalam e-mel yang dihantar oleh SPK atau kamu boleh menghubungi SPK melalui butir-butir yang dibekalkan dalam Seksyen (6) di bawah.
Maklumat peribadi kamu dikumpul dan diproses selanjutnya oleh SPK seperti yang diperlukan atau dibenarkan oleh undangundang dan untuk melaksanakan transaksi komersial yang diminta, termasuk yang berikut:
Dalam keadaan kamu telah menunjukkan persetujuan kamu untuk menerima maklumat terkini tentang pemasaran dan promosi daripada SPK, kamu boleh memilih untuk dikeluarkan daripada menerima bahan pemasaran atau promosi sebegitu pada bila-bila masa. Kamu boleh memilih pilihan “unsubscribe” yang dibekalkan dalam e-mel yang dihantar oleh SPK atau kamu boleh menghubungi SPK melalui butir-butir yang dibekalkan dalam Seksyen (6) di bawah.
Maklumat peribadi kamu yang dibekalkan kepada kami mungkin diproses oleh entiti-entiti (dalam atau luar Malaysia) dalam SPK (termasuk syarikat-syarikat berkaitan, subsidiari-subsidiari, syarikat-syarikat induk, syarikat-syarikat bersekutu dan rakan-rakan kongsi khidmat luaran).
SPK akan memastikan bahawa:
Maklumat peribadi kamu mungkin dizahirkan kepada pihak-pihak ketiga yang berkaitan (sama ada di dalam atau di luar Malaysia) seperti yang diperlukan di bawah undang-undang, menurut hubungan kontrak yang berkenaan (sebagai contoh, kami melantik pembekal-pembekal perkhidmatan pihak ketiga) atau bagi tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam Seksyen 2 di atas (atau secara langsung berkaitan dengan tujuan-tujuan tersebut).
Dalam keadaan suatu penjualan perniagaan, pelupusan, perolehan, penggabungan atau penyusunan semula yang berpotensi, dirancang atau sebenar (“Transaksi”), maklumat peribadi kamu mungkin diperlukan untuk didedahkan atau dipindah kepada suatu pihak ketiga sebagai akibat Transaksi tersebut. Kamu di sini mengaku bahawa pendedahan dan pemindahan sebegitu boleh berlaku dan membenarkan SPK untuk menzahirkan maklumat peribadi kamu kepada pihak-pihak yang lain dan penasihat-penasihat/wakil-wakilnya.
Maklumat peribadi kamu boleh didedahkan kepada kelas pihak-pihak ketiga di bawah:
Maklumat peribadi kamu boleh didedahkan kepada kelas pihak-pihak ketiga di bawah:
Pautan ke laman-laman web yang lain dibekalkan bagi kemudahan dan maklumat kamu. Laman-laman web ini mungkin mempunyai kenyataan privasi mereka sendiri, yang kami cadangkan kamu menyemak sekiranya kamu melawat mana-mana laman web pautan. Kami tidak bertanggungjawab bagi kandungan dalam pautan laman-laman web atau sebarang penggunaan laman-laman web tersebut.
Produk-produk atau aplikasi-aplikasi mengesan lokasi menyampaikan maklumat lokasi kamu kepada kami. Kami tidak menggunakan maklumat yang dihantar atau dibekalkan selain daripada untuk membekalkan perkhidmatan yang kamu minta. Fungsi pengesanan lokasi adalah pilih masuk dan kamu mempunyai kawalan atas penyertaan kamu dan boleh menutup perkhidmatan-perkhidmatan sebegitu pada bila-bila masa atau menyahpasangkannya.
Sesetengah aplikasi mudah alih akan menggunakan Google Analytics (atau alat yang serupa) untuk membantu kami melayan kamu dengan lebih baik melalui produk-produk, perkhidmatan-perkhidmatan yang telah diperbaik dan semakan-semakan terhadap aplikasi mudah alih. Maklumat yang terkumpul ini tidak akan mengenalpastikan kamu kepada kami. Walau bagaimanapun, ia mungkin membolehkan kami mengetahui kamu secara sulit tentang perkhidmatan-perkhidmatan dan fungsi-fungsi yang paling kerap kamu gunakan dalam aplikasi tersebut dan juga jenis peranti dan fungsi-fungsi perkakasan, negara dan bahasa muat turun.
Suatu cookie mungkin boleh digunakan dalam pemprosesan maklumat kamu. Suatu cookie ialah fail teks yang ditempatkan di dalam ingatan komputer dan/atau peranti kamu oleh komputer-komputer kami. Suatu salinan fail teks dihantar oleh komputer dan/atau peranti kamu apabila ia berkomunikasi dengan pelayan kami. Kami menggunakan cookies untuk mengenal pasti kamu. Kami juga mungkin mengumpul maklumat berikut semasa kamu melawat laman web dan/atau nama domain berkelayakan penuh yang kamu berasal untuk mengakses laman web kami, atau secara alternatif, alamat IP kamu:
Sesetengah laman web mungkin memerlukan kamu untuk membekalkan sebilangan maklumat peribadi yang terhad untuk menikmati sesetengah perkhidmatan atas laman web kami (wasikah log masuk sistem, alamat e-mel dan perhubungan, dsb). Maklumat peribadi ini hanya akan digunakan untuk tujuan-tujuan yang dikehendaki sahaja, seperti untuk membalas mesej kamu atau menghantar perkhidmatan-perkhidmatan yang diminta.
Kamu mempunyai hak untuk mengakses dan meminda maklumat peribadi kamu yang kami pegang (tertakhluk selalunya kepada beberapa pengecualian yang tertentu). Kami akan melakukan sedaya usaha untuk memastikan maklumat peribadi kamu adalah tepat dan terkini dan justeru kami meminta agar kamu terus memaklumi kami sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam maklumat kamu.
Jika kamu ingin mengakses atau meminda maklumat peribadi kamu, sila rujuk borang-borang akses data standard/pemindaan yang terdapat di SINI dan hantar borang yang telah siap diisi atau pertanyaan ke butir-butir perhubungan dalam Item 6 di bawah.
Sekiranya:
kamu boleh menghubungi:-
Untuk bahagian Pembangunan Hartanah SPK :
SJ Properties Sdn Bhd
Waktu Operasi: Isnin-Jumaat, 8.45 pagi-5.45 petang
Khidmat Pelanggan (Untuk Pelanggan/Bukan Pelanggan/ Bukan Pendaftar)
Talian Khidmat Pelanggan: [(03) 7846-4407] (Waktu Operasi: Isnin-Jumaat, 8.45 pagi – 5.45 petang)
Emel: [spkhomes@spkb.net]
Ambangan Heights Sdn Bhd
Waktu Operasi: : Isnin-Jumaat, 8.45pagi-5.45petang
Customer Service (For Purchaser/Non-Purchaser/Registrant)
Khidmat Pelanggan (Untuk Pelanggan/Bukan Pelanggan/ Bukan Pendaftar)
Emel: [spkhomes@spkb.net]
Untuk Keterangan Lanjut:
Corporate Affairs
Tel: [(03) 2264 5555]
Emel: [rio@spkb.net]
Dalam keadaan berlakunya sebarang konflik antara Notis Perlindungan Data Peribadi ini dalam bahasa Inggeris dengan Notis Perlindungan Data Peribadi ini dalam Bahasa Malaysia yang sepadan dengannya, terma-terma Notis dalam Bahasa Inggeris akan diguna pakai.